sumber : http://mod.gov.bn/Lists/Latest%20News/ItemDispForm.aspx?ID=405&ContentTypeId=0x0100EB88A9F7BE4BA848A7255CD5F299C642
Penglibatan bersama pasukan pembinaan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Brunei Darussalam diperingkat awal perancangan pembangunan sekolah ini amat mengujakan untuk turut sama menyumbang idea, kepakaran dan pengalaman bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dengan persekitaran pembelajaran kondusif yang dapat dimenfaatkan warga Brunei sebagai jariah yang berterusan.
Sebagai Jurutera bagi pembangunan ini, perancangan teliti harus dilaksanakan bagi memastikan perlaksanaan pembangunan ini berjalan dengan lancar dan teratur. Beberapa siri lawatan tapak giat dilaksanakan bagi meneliti persekitaran tapak pembangunan.
Bagi memastikan pembangunan ini dapat direalisasikan serta dilaksanakan secara optimum dengan mengambilkira peruntukan yang tersedia, pembangunan ini telah direkabentuk bersesuaian mengikut topografi permukaan sediada tapak cadangan yang berbukit.
Pembangunan di atas tapak baru ini juga mengambilkira bangunan dan kawasan sekolah sediada yang telah dihubungkan melalui jambatan penghubung terus ke dewan serbaguna yang terletak di tingkat tiga (3) bagi memudahkan pergerakan guru-guru dan pelajar untuk apa jua aktiviti pada masa hadapan.
Dari kejauhan, diri yang kerdil ini juga berasa sangat gembira dan bersyukur akhirnya sedikit sumbangan terdahulu telah dapat dimenfaatkan ummah di Brunei Darussalam yang diharap menjadi jariah yang berterusan.
No comments:
Post a Comment