Wednesday, September 28, 2016

SUAMPRIPAD : Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit

Bangunan Surau SUAMPRIPAD


Pendidikan Ugama menjadi keutamaan di Negara Brunei Darussalam yang merupakan asas kepada pembangunan modal insan yang akan membentuk generasi masa depan. Maka pembangunan infrastuktur bagi menyokong pembangunan modal insan yang berkesan sangat diambil berat yang di amanahkan bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

SUAMPRIPAD adalah sekolah yang telah ramai melahirkan asatizah yang menyumbang tenaga dan buah fikiran kepada Negara Brunei Darussalam. Bangunan Sekolah yang didirikan dalam tahun 80an sudah tidak dapat menampung keperluan permintaan yang menggalakkan dalam aliran keugamaan.

Usaha yang berterusan pihak JPI dan BBDP dalam mempertingkatkan tahap keselesaan pelajar sekolah menengah arab banyak kerja-kerja naik taraf dan pembinaan blok bangunan baru telah dilaksanakan.

Menaiktaraf Bangunan Surau




Bangunan surau sediada hanya dapat menampung sekitar 150 hingga 180 orang jemaah dalam satu masa. Bangunan surau sediada telah dinaiktaraf bagi menampung sehingga 500 orang jemaah dalam satu masa. AlhamduliLlah kerja pembinaan telah selesai yang diharapkan dapat memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar

Perancangan Jangka Panjang

Untuk keperluan jangka panjang, perancangan rapi telah dilaksanakan oleh KHEU yang diperhalusi oleh Jabatan Pengajian Islam (JPI) dimana pembangunan sekolah arab yang lebih selesa di bangunkan. AlhamduliLlah; berkat pemikiran dan usaha bersama Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan (BBDP) Sekolah Menegah Arab Kampung Katok dan Sekolah Menengah Arab Kampung Rimba sedang giat dijalankan yang dijangka siap pada tahun ini dan dijangka dapat beroperasi pada sesi persekolahan 2017.



Pemandangan sebelum kerja naiktaraf dilaksanakan

Bangunan asal surau SUAMRIPAD

Kerja pembinaan bagi menaiktaraf telah dimulakan







Ruang solat yang lebih luas dan selesa dari sebelum ini

Tambahan ruang atas untuk kapasiti jemaah yang maksimum

Pemandangan setelah selesai kerja naiktaraf siap dilaksanakan

Bangunan surau baru SUAMRIPAD untuk keselesaan pelajar



No comments: