Tuesday, June 20, 2023

Sekolah Ugama Jalan Bedil, Brunei Darussalam


AlhamduliLlah, perkongsian sahabat di Brunei Darussalam bahawa Sekolah Ugama Jalan Bedil telah dapat dimenfaatkan oleh warga pendidik untuk keselesaan anak-anak menimba ilmu ugama.

sumber : http://mod.gov.bn/Lists/Latest%20News/ItemDispForm.aspx?ID=405&ContentTypeId=0x0100EB88A9F7BE4BA848A7255CD5F299C642

Penglibatan bersama pasukan pembinaan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Brunei Darussalam diperingkat awal perancangan pembangunan sekolah ini amat mengujakan untuk turut sama menyumbang idea, kepakaran dan pengalaman bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dengan persekitaran pembelajaran kondusif yang dapat dimenfaatkan warga Brunei sebagai jariah yang berterusan.


Sebagai Jurutera bagi pembangunan ini, perancangan teliti harus dilaksanakan bagi memastikan perlaksanaan pembangunan ini berjalan dengan lancar dan teratur. Beberapa siri lawatan tapak giat dilaksanakan bagi meneliti persekitaran tapak pembangunan.


Antara cabaran awal ialah meneliti dan menganalisa permukaan tapak yang berbukit selain terdapat aliran anak sungai melintasi tapak cadangan. Aliran anak sungai sediaada ini perlu dianalisa untuk direkabentuk semula secara teratur mengalir terus ke parit utama yang perlu di selaraskan bersama Jabatan Kerja Raya Brunei serta analisis struktur bagi penyediaan lukisan perincian untuk perlaksanaan pembinaan ini.





Bagi memastikan pembangunan ini dapat direalisasikan serta dilaksanakan secara optimum dengan mengambilkira peruntukan yang tersedia, pembangunan ini telah direkabentuk bersesuaian mengikut topografi permukaan sediada tapak cadangan yang berbukit.




Pembangunan di atas tapak baru ini juga mengambilkira bangunan dan kawasan sekolah sediada yang telah dihubungkan melalui jambatan penghubung terus ke dewan serbaguna yang terletak di tingkat tiga (3) bagi memudahkan pergerakan guru-guru dan pelajar untuk apa jua aktiviti pada masa hadapan. 












Dari kejauhan, diri yang kerdil ini juga berasa sangat gembira dan bersyukur akhirnya sedikit sumbangan terdahulu telah dapat dimenfaatkan ummah di Brunei Darussalam yang diharap menjadi jariah yang berterusan.