Perkembangan yang terjadi mutakhir ini membuatkan ramai yang mengikuti dengan lebih dekat perkembangan terkini setiap saat. Pelbagai teori dan analisis dihurai mengikut pengetahuan dan maklumat semasa yang diperolehi.
Dimulai dengan kempen pilihanraya bermula penghujung Februari seterusnya keputusan PRU12 membawa penubuhan PR seterusnya kepada pengunduran DrM dari UMNO. Mereka yang berada dekat dengan parti politik yang bertanding sudah pasti mengikuti perkembangan tersebut lebih awal dari itu.
Tsunami politik yang melanda negara M`sia amat mengejutkan semua pihak. Impaknya juga besar samada pada BN atau BA (sebelum tertubuh PR). Bagi BN mereka menerima kesan kemerosotan undi dari semua kaum manakala bagi BA (kini PR) juga menerima kesan dimana mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka kini adalah pemerintah bukan lagi pembangkang.
Mentaliti pembangkang yang selama ini tersemai dalam pemikiran setiap pemimpin dan juga ahli dalam pakatan BA (PAS, PKR & DAP) perlu diubah. Mereka sekarang telah menguasai 5 buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang merupakan `model` bagi pentadbiran PR.
Jika selama ini sebagai ahli PAS yang hanya mengatur program peringkat DPP, kawasan, negeri atau pusat maka dalam keadaan sekarang ini perancangan perlu lebih menyeluruh. Perancangan yang diatur perlu mencakupi maysarakat keseluruhannya tanpa mengira kaum. Disini konsep dakwah yang selama ini ditarbiyah kepada ahli perlu dipratikkan.
Maka seluruhnya, kita perlu bersatu dibawah PR bagi merealisaikan teori daulah Islamiah terlaksana. Negara Islam yang berpegang kepada prinsip keadilan dan berkenajikan pasti dapat ditegakkan. Dengan perkembangan terkini yang menyaksikan DrM keluar dari UMNO yang dipimpinnya selama 22 tahun pasti saat kehancuran UMNO sudah hampir tiba.
PR hanya memerlukan hanya 31 kerusi bagi membentuk kerajaan. Bagi mereka yang masih bersama dengan BN lihatlah kronologi mutakhir ini yang lebih memihak kepada PR. Mereka perlu berfikir dengan rasional untuk bersama dengan aspirasi rakyat dalam PR. Pasti perancangan yang dapat memenfaatkan rakyat dapat diatur untuk kepentingan rakyat M`sia.
No comments:
Post a Comment