Wednesday, May 28, 2008

Syabas MB Selangor




Kesungguhan kerajaan Negeri S`ngor untuk memberi air percuma kepada rakyat S`ngor patut dihargai. Pimpinan kerajaan S`ngor sebelum ini tidak pernah berusaha untuk memberi air percuma malah mereka berusaha untuk menaikkan tarif air kepada rakyat. Maka istilahnya disebut penyelarasan tarif air.

Air adalah sumber alam semulajadi kurniaan Allah kepada manusia. Manusia memerlukan air bersih dalam memenuhi tuntutan kehidupan seharian terutama dalam beribadah. Maka pengurusan air secara keseluruhannya perlu dilaksanakan secara lebih efisen bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Sampai masanya pengurusan SYABAS menerima cadangan MB S`ngor untuk memberi 20m3 air percuma kepada rakyat S`ngor. Perjanjian konsesi antara pembekal air di S`ngor tidak menguntungkan rakyat. Maka dengan pentadbiran kerajaan baru ini seharunya SYABAS juga mendukung aspirasi kerajaan PR kearah negeri yang adil dan berkebajikan.

Reformasi kepada pengurusan air juga perlu dilakukan kepada sistem pengurusan air di S`ngor. Secara keseluruhannya sistem bekalan air di S`ngor adalah tidak efisen dan menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu pihak Syarikat konsesi rawatan air dan Syarikat pembekal air. Mengapakah perlu wujud 2 entiti berbeza iaitu 1 entiti bagi merawat air dan seterusnya 1 entiti lagi membekal air? (Mungkin untuk mencapai matlamat DEB untuk mewujudkan ramai korporat Melayu)

Syarikat konsesi rawatan air yang membekalkan air bersih kepada SYABAS membekalkan air dengan kadar yang berbeza. PNSB juga membekalkan air dengan kadar yang tinggi diantara syarikat konsesi yang lain. Mengapakah kadar ini tidak diselaraskan sebelum ini?

Dengan ini amat bertepatan sekali kenyataan MB S`ngor baru-baru ini untuk mengambil alih semua syarikat konsesi rawatan air dan pembekal air (SYABAS) diletakkan di bawah satu pentadbiran dalam satu pengurusan. Langkah pro-aktif kerajaan ini patut dipuji kerana mengutamakan kepentingan rakyat.

Pihak yang bertanggungjawab dengan rawatan air dan pembekalan air juga perlu secara serius menumpukan bagi memastikan bekalan air di S`ngor dapat menampung keperluan rakyat S`ngor untuk masa akan datang supaya catuan bekalan air seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 tidak berulang.

Kawasan tadahan yang telah dikenal pasti sebagai sumber air perlu dipelihara untuk dijadikan sebagai sumber bekalan air. Sungai-sungai utama yang membekalkan air untuk rawatan perlu dipastikan tidak tercemar dan aktiviti disekitarnya terkawal agar pencemaran ammonia akibat tapak pelupusan sampah seperti yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang.

Rakyat Selangor yang masih gembira di atas kemenangan PR masih lagi meraikan kemenangan itu. Kemenagan PR yang dijanjikan dengan manifesto kearah negara berkebajikan dan menegakkan keadilan sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat di Selangor yang telah sekian lama di bawah pentadbiran BN yang penuh dengan kemajuan material.