Monday, March 25, 2024

Mushaf Ummah


AlhamduliLlah, berpeluang menyumbang untuk mushaf ummah di Nasyrul Quran, Yayasan Restu sempena Restu Quranic Art Festival 2024.

Salinan ayat 38-34 : muka 85 : juzu` 5 : surah 4 : An Nisa`












 

 




Friday, August 04, 2023

Sekolah Arab Belait, Brunei Darussalam


Kesederan masyarakat terhadap pendidikan Agama terus meningkat dengan sambutan sangat baik daripada ibubapa di Negara Brunei Darsussalam. Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam telah membuat perancangan teliti untuk membangunkan infrastuktur lengkap mengambilkira permintaan yang tinggi terhadap pendidkan agama.



AlhamduliLlah, peluang untuk terlibat sama menyumbang bagi menjayakan objektif KHEU yang dapat memberi menfaat buat ummah untuk menjadi jariah berterusan.










 

Tuesday, June 20, 2023

Sekolah Ugama Jalan Bedil, Brunei Darussalam


AlhamduliLlah, perkongsian sahabat di Brunei Darussalam bahawa Sekolah Ugama Jalan Bedil telah dapat dimenfaatkan oleh warga pendidik untuk keselesaan anak-anak menimba ilmu ugama.

sumber : http://mod.gov.bn/Lists/Latest%20News/ItemDispForm.aspx?ID=405&ContentTypeId=0x0100EB88A9F7BE4BA848A7255CD5F299C642

Penglibatan bersama pasukan pembinaan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Brunei Darussalam diperingkat awal perancangan pembangunan sekolah ini amat mengujakan untuk turut sama menyumbang idea, kepakaran dan pengalaman bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dengan persekitaran pembelajaran kondusif yang dapat dimenfaatkan warga Brunei sebagai jariah yang berterusan.


Sebagai Jurutera bagi pembangunan ini, perancangan teliti harus dilaksanakan bagi memastikan perlaksanaan pembangunan ini berjalan dengan lancar dan teratur. Beberapa siri lawatan tapak giat dilaksanakan bagi meneliti persekitaran tapak pembangunan.


Antara cabaran awal ialah meneliti dan menganalisa permukaan tapak yang berbukit selain terdapat aliran anak sungai melintasi tapak cadangan. Aliran anak sungai sediaada ini perlu dianalisa untuk direkabentuk semula secara teratur mengalir terus ke parit utama yang perlu di selaraskan bersama Jabatan Kerja Raya Brunei serta analisis struktur bagi penyediaan lukisan perincian untuk perlaksanaan pembinaan ini.





Bagi memastikan pembangunan ini dapat direalisasikan serta dilaksanakan secara optimum dengan mengambilkira peruntukan yang tersedia, pembangunan ini telah direkabentuk bersesuaian mengikut topografi permukaan sediada tapak cadangan yang berbukit.




Pembangunan di atas tapak baru ini juga mengambilkira bangunan dan kawasan sekolah sediada yang telah dihubungkan melalui jambatan penghubung terus ke dewan serbaguna yang terletak di tingkat tiga (3) bagi memudahkan pergerakan guru-guru dan pelajar untuk apa jua aktiviti pada masa hadapan. 












Dari kejauhan, diri yang kerdil ini juga berasa sangat gembira dan bersyukur akhirnya sedikit sumbangan terdahulu telah dapat dimenfaatkan ummah di Brunei Darussalam yang diharap menjadi jariah yang berterusan.

Thursday, February 03, 2022

Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)


AlhamduliLlah, Allah SWT adalah sebaik-baik perancang, Pembinaan Hospital Pengajar Sultan Zainal Abidin berjaya disempurnakan bersama pasukan pembinaan dan telah menerima Certificate of Practical Completion (CPC) pada 10 Disember 2022 dan Certificate of Completion and Compliance (CCC) telah diekeluarkan oleh Abdul Rahman Richard Architect (ARRA) berserta surat sokongan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Pembinaan Hospital Pengajar Sultan Zainal Abidin secara amnya bertujuan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat serta mengembangkan ilmu bagi melahirkan pakar perubatan untuk berbakti kepada ummah.


Bermula dengan perincian perancangan pada Mac 2016 sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanakan yang telah melalui peringkat Room Data Interaction, penyediaan lukisan pembinaan, pengemukaan Kebenaran Merancang serta Pelan Bangunan, pengemukaan permohonan CKAPS serta sesi interaksi, perbincangan dan mesyuarat melibatkan pasukan JKR sebagai agensi kerajaan yang mengurus pembinaan ini serta pasukan UniSZA sebagai pengguna Hospital Pengajar ini.






Pelbagai cabaran telah dihadapi sepanjang tempoh pembinaan berjalan yang terkini pendemik COVID 19 yang melanda negara. Kerjasama baik telah ditunjukkan oleh semua pasukan pembinaan yang telah bersama-sama menghadapi setiap cabaran bagi memastikan penyelesaian terbaik dapat dicapai seterusnya pembinaan ini dapat siap untuk menfaat warga Terengganu khususnya.









Perlaksanaan pembangunan ini dijayakan dengan semangat kerja berpasukan setiap mereka yang terlibat di dalam aktiviti pembinaan.