Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung,
Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh
Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Ibubapa Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan,
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,
Lelaki Acuan Al-Quran,
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran,
Yang Hidup Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,
Lelaki Acuan Al-Quran,
Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran,
Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai,
Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia,
Kerana Dia Mengimpikan Syurga, Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
...`demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan untuk kebenaran dan kebaikan` ...Al-Asr
Monday, August 21, 2006
Monday, July 17, 2006
Perjalanan

Kita perlu jadi apa yang kita fikirkan. Kita perlu berfikir untuk menjadi diri kita sendiri. Perjalanan yang perlu dilalui terasa masih jauh. Kekuatan yang ada perlu dikumpulkan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh penuh mehnah dan tribulasi. Jalan yang sedia terbentang dengan destinasi yang telah jelas perlu diteruskan. Lebih indah jika perjalanan itu didampingi teman sejati. Semoga kekuatan dan semangat terus semarak dalam diri.
”jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan, panjang jalannya dan banyak rintangannya”...IMAM AL-GHAZALI
Monday, July 10, 2006
Cahaya Petunjuk

Selawat dan salam ke atas junungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Perjalanan hidup ini masih jauh. Hari yang mendatang harus diteruskan dengan mencari kekuatan baru. Mehnah dan tribulasi yang mendatang perlu dihadapi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
- “God did`t promise days witout pain, laughter without sorrow, sun without rain, but He promised strenght for every day, comfort for every tears and light for every way whenever we pray” -
Perjalanan hidup ini masih jauh. Hari yang mendatang harus diteruskan dengan mencari kekuatan baru. Mehnah dan tribulasi yang mendatang perlu dihadapi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
- “God did`t promise days witout pain, laughter without sorrow, sun without rain, but He promised strenght for every day, comfort for every tears and light for every way whenever we pray” -
cahaya petunjuk - seadanya
Sunday, May 14, 2006
blog launching
assalamualaikum wbt
just create my blog...i`ll share something later...if any idea from all my fiend...u can forwarded here...may Allah bless us...
just create my blog...i`ll share something later...if any idea from all my fiend...u can forwarded here...may Allah bless us...
Subscribe to:
Posts (Atom)