AlhamduliLlah, Allah SWT adalah sebaik-baik perancang, Pembinaan Hospital Pengajar Sultan Zainal Abidin berjaya disempurnakan bersama pasukan pembinaan dan telah menerima Certificate of Practical Completion (CPC) pada 10 Disember 2022 dan Certificate of Completion and Compliance (CCC) telah diekeluarkan oleh Abdul Rahman Richard Architect (ARRA) berserta surat sokongan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Pembinaan Hospital Pengajar Sultan Zainal Abidin secara
amnya bertujuan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat serta
mengembangkan ilmu bagi melahirkan pakar perubatan untuk berbakti kepada ummah.
Bermula dengan perincian perancangan pada Mac 2016 sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanakan yang telah melalui peringkat Room Data Interaction, penyediaan lukisan pembinaan, pengemukaan Kebenaran Merancang serta Pelan Bangunan, pengemukaan permohonan CKAPS serta sesi interaksi, perbincangan dan mesyuarat melibatkan pasukan JKR sebagai agensi kerajaan yang mengurus pembinaan ini serta pasukan UniSZA sebagai pengguna Hospital Pengajar ini.
Pelbagai cabaran telah dihadapi sepanjang tempoh pembinaan berjalan yang terkini pendemik COVID 19 yang melanda negara. Kerjasama baik telah ditunjukkan oleh semua pasukan pembinaan yang telah bersama-sama menghadapi setiap cabaran bagi memastikan penyelesaian terbaik dapat dicapai seterusnya pembinaan ini dapat siap untuk menfaat warga Terengganu khususnya.