Wednesday, June 14, 2017

KUPUSB : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

KUPUSB : Amphiteater


Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ditubuhkan pada awal Tahun Baru Hijrah 1428 bersamaan dengan 20 Januari 2007, iaitu berikutan pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ali saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena sambutan awal Tahun Baru Hijrah 1428.  

Kredit : http://azizindahouse.blogspot.my/2010/08/kupusb-in-hdr.html


Baginda telah menitahkan bagi penaikan taraf kepada peringkat Kolej Universiti daripada peringkat Maktab Perguruan Ugama.  KUPU SB dihasratkan menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan dan memenuhi keperluan Negara Brunei Darussalam serta bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar Negara.    

Sumber : http://www.kupu-sb.edu.bn/index.php/profil-kupu-sb/latar-belakang


Menaiktaraf ruang antara dua blok kepada sebuah Amphiteater yang lengkap dengan kemudahan 240 tempat duduk berhawa dingin beserta pentas utama berlatarkan skrin kaca untuk pertunjukan tayangan (slide show). Bangunan Amphiteater ini juga terdapat 2 buah kelas dan sebuah ruang pameran untuk dimenfaatkan oleh siswa dan siswi KUPUSB.